Jantung dengan aturcaranya
Bahan yang paling
penting di dalam seluruh aturcara peredaran darah yang menghubungkan hampir
setiap satu 100 trilion bahagian selaput sempadan (tissue) dan kehidupan sel di
pelusuk tubuh badan kita adalah jantung (Qalbu). Dengan empat (4) ruang
sempadan berbeza yang mendenyutkan atau mengepamkan atau mengalirkan darah
beroksigen dan nyahoksigen menuju pelbagai bahagian tanpa mencampur adukkan
kandungan keduanya, di ikuti dengan pasangan injab yang bergerak sebagai injab
keselamatan, sangat jelas mengambarkan rekabentuk sebuah jantung yang benar
memukau dengan sendi-sendi keseimbang yang amat halus dan teliti ciptaan Allah
S.W.T.
Jantung yang
berdenyut dengan suatu irama zikir memujikan Maha
Suci Allah
dengan kalimah syahadahnya sepanjang hidup samada sedar atau tidak adalah satu
pertanda yang paling jelas mengenai PenciptaNya.
Sejak mula
berdenyut dalam kandungan rahim ibu, ia terus bekerja tanpa henti dengan alunan
70 hingga 100 degupan dalam satu minit. Kadar rehat hanyalah selama
setengah saat ia itu selang satu masa di antara dua irama degupan dan berdenyut
lebih kurang 100,000 detik sehari. Apabila jangka hayat menjadi
perkiraan, angka ini akan berada di balik kemampuan pemahaman kita.
Setiap bentuk yang
menghuni tubuh jantung dengan pelaksanaan pelbagai pergerakan luarbiasa
menakjubkan adalah suatu keajaiban dalam rekaan Bijaksana. Dalam Jantung,
setiap peristiwa harus diperimbangkan: Darah beroksigen dan nyahoksigen
tidak bercampur-baur antara satu sama lain, penyelasan kadar tekanan darah,
pelbagai pergerakan yang mendesak kecekapan aturcara pengangkutan zat makanan (nutrient)
ke seluruh bahagian badan dan aturcara yang berdenyut mengalirkan darah dalam
kadar atau takat tertentu. Rekaan keajaiban jantung adalah berdasarkan senarai
keperluan di atas.
Di sana terdapat
aturcara halus dan rumit untuk digambarkan yang tidak sekali-kali terbentuk
secara kebetulan di mana sifat kesempurnaan dan keajaiban rekaan bentuk jantung
jelas sempurna. Semua perkara ini mendedahkan manusia kepada Sang Pencipta
iaitu Allah S.W.T. Penjaga sekelian alam yang mencipta dengan sempurna.
Senarai perkara
perkara penting adalah seperti berikut:
1.
Jantung terletak di dalam bahagian dada yang
terlindung:
Terletak dalam sangkar rusuk dada dengan rekabentuk istimewa, jantung
dipastikan berada dalam keadaan selamat daripada ancaman luaran.
2.
Darah beroksigen dan nyahoksigen tidak bercampur
baur: Darah
yang beroksigen dan nyahoksigen berada dalam pergerakan yang tetap.
Sejenis selaput sempadan (tissue) membahagikan jantung kepada empat (4)
ruang. Bahagian atas mengandungi Atrium kanan dan kiri yang menghantar
darah kepada vertikel dibahagian bawah. Disebabkan pembahagian yang teliti ini,
darah yang beroksigen dan nyahoksigen dihalang bercampur aduk antara satu sama
lain.
3.
Jantung menyelaras kadar tekanan darah yang
menghalang sebarang bahaya kepada anggota tubuh (organ): Jantung berdenyut
sebagai pam dengan dua alat pedenyut. Tiap satunya dinamakan vertikel dan
atrium. Pemisah ini membahagikan aturcara peredaran darah kepada dua
bahagian. Bahagian kanan jantung menghantar darah dengan kadar tekanan
yang lebih rendah secara sederhana kepada peparu dan bahagian kiri mendenyut
dengan kadar tekanan yang lebih tinggi keseluruh badan. Penyelarasan
tekanan ini sangat penting, sebab sekiranya darah yang dihantar menuju ke
peparu denyutannya dengan kadar tekanan yang sama seperti keluar ke seluruh
badan, peparu akan pecah atau rosak atau musnah akibat tekan yang tidak
terbendung. Kesempurnaan aturcara di dalam jantung berperanan menghalang
genjala umpama ini dari berlaku ke atas peparu.
4.
Menjadi alat pengangkutan bahan yang diperlukan oleh
anggota badan (Organ): Darah bersih yang datang dari jantung dipindahkan
melalui aorta dan oksigen akan di bawa ke seluruh selaput sempadan (tissue)
melalui saluran darah menghubungi semua sel kehidupan. Sewaktu beredar akan
menyebarkan bahan selain oksigen seperti, zat-zat makanan, (hormone) dan
lain-lain zat kepada selaput sempadan anggota tubuh kehidupan.
5.
Jantung memiliki injab yang memastikan arah
aliran darah: Di dalam ruang bahagian dalam jantung terdapat
injab yang menghalang darai dari mengali dalam arah bertentangan. Injap
yang terletak di antara atrium dan ventrikel ternina dari selaput sempadan (tissue)
gentian dan disoking dengan otot yang sangat halus. Darah yang berlebihan akan
mangalir masuk kedalam atrium sekiranya satu dari otot ini berhenti bergerak
yang akibatnuya membawa maut. Bagaimanapun, kesempurnaan citaannya
menghalang kejadian seumpama ini berlaku. Tanpa perlu kepada campurtangan
kita untuk memastikan kawal-aturnya, jantung sentiasa menyelaraskan jumlah
darah dengan kadar yang sempurna oleh Sang Penciptanya; Allah S.W.T.
6.
Bergerak di bawah sedar dan luar dari kawalan
tetapi melakukannya dengan tepat: Jumlah darah yang mesti didenyutkan oleh jantung
di kawal oleh aturcara saraf khusus. Samada tidur atau terjaga aturcara
saraf sendiri akan menentukan jumlah darah yang akan didenyutkan sekaligus
kadar kelajuan denyutannya. Rangka Jantung yang menyelaraskan tanpa sebaraqng
campurtangan di mana bila dan bagaimana darah diperlukan adalah amat
sempurna. Allah S.W.T. yang mempunyai pengetahuan yang maha tinggi, telah
menjaga dan merekabentuk jantung yang seimbang dan sempurna.
7.
Bergerak dengan aturcara elektik khusus: Otot yang
menghidupkan denyutan jantung yang dipanggil otot jantung, adala berbeza
berbanding otot badan yang lain. Sel otot yang biasa akan mengecut
apabila menerima rangsangan. Akan tetapi sel otot jantung pula mengecut dengan
sendiri serta memiliki kemampuan mencetus dan memanjangkan arus ruh
elektriknya. Walaupun setiap sel memiliki kemampuan ini, tidak satu pun daripadanya
yang mengecut secara berasingan sebab menuruti aturcara ruh elektrik yang
mengawalnya. Dalam perkataan lain, ia tidak menybabkan keharu-haraan yang
menganggu kadar kesaimbangan jantung, di mana satu bahagian mengecut sementara
bahagian yang lain mengundur. Sel yang ditemui dalam bentuk rantai ini,
bertindak serentak bagi setiap arahan dari aturcara ruh elektrik. Sekali lagi
aturcara yang kadar imbangan yang jitu. Seperti dilihat di dalam perincian di
atas, rangka jantung jelas melihatkan rekaaan yang sempurna iaitu “ia telah
diciptakan” dan sekaligus Maha Agung Sang Penciptanya mengawal degupan
kehidupannya bila terhenti; mati, maka ruh kembali kepadaNya untuk
dihisab segala amalan atau perbuatan baik buruk manusia sepanjang hayatnya di dunia
ini. Ia melihat pertanda Allah, menjaga dan memelihara sekelian alam yang
tidak dapat dilihat tetapi melihatkan tanda-Nya di dalam setiap makhluk
ciptaanNya.
“Yang
demikian ialah Allah tuhan kamu, tiada tuhan melainkan Dia, yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan Dialah yang mentadbir
segala-galanya (Surah An’aam 6:102)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar