Selasa, 11 Februari 2020

Jantung dengan aturcaranya


Bahan yang paling penting di dalam seluruh aturcara peredaran darah yang menghubungkan hampir setiap satu 100 trilion bahagian selaput sempadan (tissue) dan kehidupan sel di pelusuk tubuh badan kita adalah jantung (Qalbu). Dengan empat (4) ruang sempadan berbeza yang mendenyutkan atau mengepamkan atau mengalirkan darah beroksigen dan nyahoksigen menuju pelbagai bahagian tanpa mencampur adukkan kandungan keduanya, di ikuti dengan pasangan injab yang bergerak sebagai injab keselamatan, sangat jelas mengambarkan rekabentuk sebuah jantung yang benar memukau dengan sendi-sendi keseimbang yang amat halus dan teliti ciptaan Allah S.W.T.
Jantung yang berdenyut dengan suatu irama zikir memujikan Maha Suci Allah dengan kalimah syahadahnya sepanjang hidup samada sedar atau tidak adalah satu pertanda yang paling jelas mengenai PenciptaNya.

Sejak mula berdenyut dalam kandungan rahim ibu, ia terus bekerja tanpa henti dengan alunan 70 hingga 100 degupan dalam satu minit.  Kadar rehat hanyalah selama setengah saat ia itu selang satu masa di antara dua irama degupan dan berdenyut lebih kurang 100,000 detik sehari.  Apabila jangka hayat menjadi perkiraan, angka ini akan berada di balik kemampuan pemahaman kita.

Setiap bentuk yang menghuni tubuh jantung dengan pelaksanaan pelbagai pergerakan luarbiasa menakjubkan adalah suatu keajaiban dalam rekaan Bijaksana. Dalam Jantung, setiap peristiwa harus diperimbangkan:  Darah beroksigen dan nyahoksigen tidak bercampur-baur antara satu sama lain, penyelasan kadar tekanan darah, pelbagai pergerakan yang mendesak kecekapan aturcara pengangkutan zat makanan (nutrient) ke seluruh bahagian badan dan aturcara yang berdenyut mengalirkan darah dalam kadar atau takat tertentu. Rekaan keajaiban jantung adalah berdasarkan senarai keperluan di atas.

Di sana terdapat aturcara  halus dan rumit untuk digambarkan yang tidak sekali-kali terbentuk secara kebetulan di mana sifat kesempurnaan dan keajaiban rekaan bentuk jantung jelas sempurna. Semua perkara ini mendedahkan manusia kepada Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T.  Penjaga sekelian alam yang mencipta dengan sempurna.

Senarai perkara perkara penting adalah seperti berikut:
1.      Jantung terletak di dalam bahagian dada yang terlindung:  Terletak dalam sangkar rusuk dada dengan rekabentuk istimewa, jantung dipastikan berada dalam keadaan selamat daripada ancaman luaran.

2.      Darah beroksigen dan nyahoksigen tidak bercampur baur: Darah yang beroksigen dan nyahoksigen berada dalam pergerakan yang tetap.  Sejenis selaput sempadan (tissue) membahagikan jantung kepada empat (4) ruang.  Bahagian atas mengandungi Atrium kanan dan kiri yang menghantar darah kepada vertikel dibahagian bawah. Disebabkan pembahagian yang teliti ini, darah yang beroksigen dan nyahoksigen dihalang bercampur aduk antara satu sama lain.
3.      Jantung menyelaras kadar tekanan darah yang menghalang sebarang bahaya kepada anggota tubuh (organ): Jantung berdenyut sebagai pam dengan dua alat pedenyut. Tiap satunya dinamakan vertikel dan atrium.  Pemisah ini membahagikan aturcara peredaran darah kepada dua bahagian.  Bahagian kanan jantung menghantar darah dengan kadar tekanan yang lebih rendah secara sederhana kepada peparu dan bahagian kiri mendenyut dengan kadar tekanan yang lebih tinggi keseluruh badan.  Penyelarasan tekanan ini sangat penting, sebab sekiranya darah yang dihantar menuju ke peparu denyutannya dengan kadar tekanan yang sama seperti keluar ke seluruh badan, peparu akan pecah atau rosak atau musnah akibat tekan yang tidak terbendung. Kesempurnaan aturcara di dalam jantung berperanan menghalang genjala umpama ini dari berlaku ke atas peparu.
4.      Menjadi alat pengangkutan bahan yang diperlukan oleh anggota badan (Organ):  Darah bersih yang datang dari jantung dipindahkan melalui aorta dan oksigen akan di bawa ke seluruh selaput sempadan (tissue) melalui saluran darah menghubungi semua sel kehidupan. Sewaktu beredar akan menyebarkan bahan selain oksigen seperti, zat-zat makanan, (hormone) dan lain-lain zat kepada selaput sempadan anggota tubuh kehidupan.
5.      Jantung memiliki injab yang memastikan arah aliran darah:  Di dalam ruang bahagian dalam jantung terdapat injab yang menghalang darai dari mengali dalam arah bertentangan.  Injap yang terletak di antara atrium dan ventrikel ternina dari selaput sempadan (tissue) gentian dan disoking dengan otot yang sangat halus. Darah yang berlebihan akan mangalir masuk kedalam atrium sekiranya satu dari otot ini berhenti bergerak yang akibatnuya membawa maut.  Bagaimanapun, kesempurnaan citaannya menghalang kejadian seumpama ini berlaku.  Tanpa perlu kepada campurtangan kita untuk memastikan kawal-aturnya, jantung sentiasa menyelaraskan jumlah darah dengan kadar yang sempurna oleh Sang Penciptanya; Allah S.W.T.
6.      Bergerak di bawah sedar dan luar dari kawalan tetapi melakukannya dengan tepat:  Jumlah darah yang mesti didenyutkan oleh jantung di kawal oleh aturcara saraf khusus.  Samada tidur atau terjaga aturcara saraf sendiri akan menentukan jumlah darah yang akan didenyutkan sekaligus kadar kelajuan denyutannya. Rangka Jantung yang menyelaraskan tanpa sebaraqng campurtangan di mana bila dan bagaimana darah diperlukan adalah amat sempurna.  Allah S.W.T. yang mempunyai pengetahuan yang maha tinggi, telah menjaga dan merekabentuk jantung yang seimbang dan sempurna.
7.      Bergerak dengan aturcara elektik khusus:  Otot yang menghidupkan denyutan jantung yang dipanggil otot jantung, adala berbeza berbanding otot badan yang lain.  Sel otot yang biasa akan mengecut apabila menerima rangsangan. Akan tetapi sel otot jantung pula mengecut dengan sendiri serta memiliki kemampuan mencetus dan memanjangkan arus ruh elektriknya.  Walaupun setiap sel memiliki kemampuan ini, tidak satu pun daripadanya yang mengecut secara berasingan sebab menuruti aturcara ruh elektrik yang mengawalnya. Dalam perkataan lain, ia tidak menybabkan keharu-haraan yang menganggu kadar kesaimbangan jantung, di mana satu bahagian mengecut sementara bahagian yang lain mengundur.  Sel yang ditemui dalam bentuk rantai ini, bertindak serentak bagi setiap arahan dari aturcara ruh elektrik. Sekali lagi aturcara yang kadar imbangan yang jitu. Seperti dilihat di dalam perincian di atas, rangka jantung jelas melihatkan rekaaan yang sempurna iaitu “ia telah diciptakan” dan sekaligus Maha Agung Sang Penciptanya mengawal degupan kehidupannya bila terhenti;  mati, maka ruh kembali kepadaNya untuk dihisab segala amalan atau perbuatan baik buruk manusia sepanjang hayatnya di dunia ini.  Ia melihat pertanda Allah, menjaga dan memelihara sekelian alam yang tidak dapat dilihat tetapi melihatkan tanda-Nya di dalam setiap makhluk ciptaanNya.

“Yang demikian ialah Allah tuhan kamu, tiada tuhan melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan Dialah yang mentadbir segala-galanya (Surah An’aam 6:102)



Tidak ada komentar:

Posting Komentar